azab melengahkan sholat

 Ada sebuah hadis yang p www.geocities.com\i-see

azab melengahkan sholat

 Ada sebuah hadis yang panjang menerangkan mengenai solat dan anugerah yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang menjaga solatnya, dan azab yang diterima oleh mereka yang melalaikan solat. Hadis ini banyak disebutkan oleh para penceramah ketika mengadakan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid atau madrasah di mana sahaja   Hadis tersebut menyebut bahawa Allah S.W.T akan menganugerahkan 'LIMA KURNIA" atas seseorang yang menjaga solatnya lima anugerah itu ialah :-   1. Rezekinya dipermudahkan  2. Dia diselamatkan dari azab kubur  3. Dia akan menerima buku catatanya dari tangan kanannya pada hari hisab  4. Dia akan melintasi titian "SIRATHAL MUSTAQIM" pantasnya seperti kilat dan  5. Dia masuk syurga tanpa hisab Itulah lima anugerah yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang menjaga solatnya iaitu sentia "ISTIQAMAH", bila masuk waktu solat dia terus solat.   Di samping lima anugerah ini, Allah juga memberi amaran kepada orang-orang yang melengah-lengahkan solat. Dia akan menerima "LIMA AZAB" di dunia ini. Tiga daripadanya di dalam kuburnya dan tiga lagi selepas kebangkitan kelak. Azab di dunia itu ialah :-   1. Dia tidak diberkati dalam hidupnya  2. Dia kehilangan Nur di mana orang-orang soleh penuh dengannya  3. Dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalanya yang baik  4. Doanya tidak dimakbulkan dan;  5. Dia tidak dapat bahagiannya dalam doa-doa orang yang soleh.   Sementara itu azab yang akan diterimanya semasa dia hendak mati kelak adalah :-   1. Dia mati dengan keadaan aib  2. Dia mati dalam kelaparan dan;  3. Dia mati dalam keadaan dahaga sehingga air laut di dunia ini disatukan tidak dapat menghilangkan dahaganya itu.   Manakala tiga azab akan diterimannya di dalam kubur bagi orang yang melalaikan atau melengah-lengahkan solatnya adalah :-   1. Dia dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang-tulang rusuknya hancur  2. Api dibakar di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya siang dan malam.  3. Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang dengan perjalanan sebulan akan menggigit. Sebelum dilepaskan, ular iatu akan bertempik seperti guruh berbunyi :-   "TUHANKU TELAH PERINTAHKAN AKU SUPAYA MEMUKUL KAMU KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI". Melengah-lengahkan solat ZUHUR sehingga solat ASAR. Melengah-lengahkan solat MAGHRIB hingga solat ISYAK dan melengah-lengahkan solat ISYAK hingga FAJAR, ular itu terus memukulnya hinggalah hari kiamat. Setiap kali puluk membenamkan sehingga 70 HASTA DALAMNYA.   Sementara itu azab yang akan diterima oleh mereka melengah-lengahkan solat selepas kebangkitan nanti ialah :-   1. Hisabnya terlalu berat  2. Allah murka terhadapnya dan;  3. Dia dicampakan ke dalam api neraka.   Menurut satu lagi hadis dia akan didapati tiga baris ayat yang tertulis didahinya ialah:   'HAI KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH S.W.T " HAI KAMU YANG PATUT MENERIMA KEMURKAAN ALLAH S.W.T DAN; KINI SESALLAH KERANA KAMU MELENGAH-LENGAHKAN KEWAJIPAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T.   Sementara itu para ulama terkenal seperti Ibnu Hajar, Abu Alait Samaqandi dan lain-lain lagi telah meriwayatkan hadis-hadis ini dalam kitab-kitab mereka.    SUNGGUH PUN AKU TIDAK DAPAT MENGESAN MATANYA DALAM KITAB-KITAB ASAL MENGENAI HADIS INI, NAMUN HADIS-HADIS LAIN YANG SETENGAHNYA SUDAH PUN DI SEBUTKAN BAGI MENGUATKAN MAKSUDNYA" KATA MEREKA.   Melengah-lengahkan solat sebagaimana yang disebutkan dan seperti yang dinyatakan membawa seseorang KEKUFURAN dan oleh itu tidak ada azab yang lebih pedih darinya kerana kesalahan ini. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa selepas seseorang itu diumumkan bersalah pun, Allah adalah bebas memaafkan kalau kehendakinya. Allah berfirman dalam kitab suci yang maksudnya    "SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGAMPUNKAN DOSA ORANG YANG MEMPERSEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU APA JUA DARIPADA KESALAHAN (SYIRIK) ITU BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA"   Kalau Allah mengampunkan sesiapa yang dikehendakinya seperti orang-orang yang melengah-lengahkan solat, maka sesungguhnya bertuahlah orang itu, tetapi sesiapa yang dapat memastikan tuahnya iatu?. Ada disebut dalam sebuah hadis bahawa Allah S.W.T akan mengadakan " TIGA MAHKAMAH" pada hari hisab kelak di antaranya :-   MAHKAMAH PERTAMA ADALAH UNTUK MENGADILI ORANG KAFIR DAN ORANG-ORANG ISLAM DI MANA TIDAK ADA KEAMPUNAN".   MAHKAMAH KEDUA ADALAH UNTUK MENGADILI KEWAJIPAN DAN TINGKAH LAKU SESEORANG TERHADAP YANG LAINYA. MEREKA YANG TERANIAYA AKAN DIBALAS DI SANA. BALASANNYA ADALAH SAMA ADA DIPEROLEHI DARIPADA ORANG-ORANG YANG MENZALIMI ATAU DIBAYAR OLEH ALLAH S.W.T SENDIRI KALAU DIA MAHU MENGAMPUN SESIAPA PUN".   MAHKAMAH KETIGA AKAN MENGADILI KEWAJIPAN TERHADAP ALLAH. DI SINI PINTU RAHMAT ALLAH AKAN DIBUKA LUAS DAN AKAN MENGAMPUNI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA".   Dengan keterangan ini jelas bahawa kita patut menerima azab yang telah ditentukan untuk dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tetapi sifat Allah yang Maha Pengasih itu tidak ada batasnya dan dapat dia mengampunkan segala-segalanya. Sementara itu Anas R.A menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :-   "KALAU SESEORANG MENINGGAL DUNIA DENGAN BERIMAN MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH ALLAH MENUNAIKAN SOLAT, MENGELUARKAN ZAKAT. MAKA DIA MATI DENGAN KEREDHAAN ALLAH".   Anas juga menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-   "ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".   Abu Darda mengirim surat kepada Salman R.A katanya :   "HABISKANLAH KEBANYAKAN MASAMU DALAM MASJID AKU DENGAR RASULULLAH S.A.W BERSABDA : MASJID ADALAH RUMAH ORANG-ORANG SOLEH. ALLAH SENDIRI BERJANJI BAHAWA DIA AKAN MEMBERKATI ORANG-ORANG YANG KEBANYAKANNYA MASANYA BERADA DI DALAM MASJID." ALLAH AKAN MENGHIBURKANNYA DAN AKAN MEMUDAHKAN MENYEBERANGI TITIAN SIRATHAL MUSTAQIM DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG DEMIKIAN:.   Semoga kita sentiasa dalam keampuan Allah S.W.T hendaknya. Amin.